fb fb fb fb fb

Seorang maut, tiga individu cedera dalam kejadian tembakan pusat beli-belah Texas

(FOTO REUTERS)

TEXAS, 16 Februari - Seorang maut dan tiga individu lagi cedera dalam kejadian tembakan di pusat beli-belah El Paso, Texas, pada Rabu.

Seorang suspek kini berada dalam tahanan dan polis sedang mencari seorang lagi kemungkinan suspek, kata jurucakap polis, Robert Gomez kepada pemberita.

Motif kejadian tersebut masih tidak diketahui dan polis meminta orang ramai untuk mengelakkan dari kawasan itu.

Video yang disiarkan berita juga menunjukkan tempat letak kereta di premis tersebut dipenuhi dengan kereta peronda polis.

(Pihak polis sedang memantau pusat beli-belah El Paso di Texas, susulan kejadian tembakan
yang mengakibatkan seorang maut dan tiga individu cedera/ REUTERS) 

"Pada masa ini, mereka (pihak polis) cuba mengawal pergerakan keluar semua kakitangan dari pusat beli-belah, termasuk pekerja serta orang ramai. Mereka melakukan pembersihan pusat membeli-belah dengan teratur," kata Gomez, sambil menambah beliau tidak mempunyai maklumat lanjut mengenainya.

Pusat beli-belah Cielo Vista terletak di sebelah kedai Walmart di mana seorang lelaki bersenjata membunuh 23 orang pada 3 Ogos 2019.

Seminggu yang lalu, seorang lelaki di Texas mengaku bersalah atas jenayah kebencian persekutuan dalam pembunuhan beramai-ramai dan menerusi perjanjian pengakuan, membebaskannya daripada hukuman mati di peringkat persekutuan.

Tetapi beliau masih menghadapi hukuman mati dalam pendakwaan negeri yang berasingan. -REUTERS

Media Baharu