GAZA, 10 Oktober -Sumber perubatan melaporkan sembilan orang awam Palestin terbunuh akibat tembakan dan bedilan tentera Israel yang menyasarkan beberapa kawasan di Gaza sejak awal pagi Khamis, lapor Agensi Berita WAFA.
Mereka mengesahkan yang lima mayat dibawa ke Kompleks Perubatan Al-Shifa di Bandar Gaza, tiga ke Hospital Al-Ahli Baptist, dan satu ke Hospital Nasser di Khan Yunis.
Terdahulu hari ini, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan bahawa satu persetujuan awal mengenai gencatan senjata telah dicapai, yang merangkumi penamatan perang di Gaza, pengunduran tentera pendudukan, kemasukan bantuan kemanusiaan serta pertukaran tahanan. - BERNAMA