CHENNAI, 30 September – Sembilan pekerja disahkan maut, manakala seorang lagi cedera dalam satu kemalangan di sebuah loji janakuasa haba yang sedang dalam pembinaan di Chennai, selatan India, lapor agensi berita ANI memetik kenyataan seorang pegawai kerajaan.
Menurut Setiausaha Lembaga Elektrik Tamil Nadu merangkap Pengerusi Tamil Nadu Generation and Distribution Corporation (TANGEDCO), J. Radhakrishnan, kejadian berlaku apabila satu struktur gerbang keluli runtuh di tapak pembinaan Projek Janakuasa Haba Superkritikal Zon Ekonomi Khas (SEZ) Ennore.
Dalam pada itu, Ketua Menteri Tamil Nadu, M.K. Stalin turut mengesahkan kematian kesemua mangsa menerusi satu hantaran di platform X.
Beliau turut memaklumkan bahawa kesemua sembilan pekerja terbabit berasal dari negeri Assam di timur India.-REUTERS