fb fb fb fb fb

Gempa: Lima maut di Filipina, bangunan rosak

Keadaan selepas gegaran akibat gempa bumi di Cebu, Filipina, malam tadi/ AFP

CEBU, 1 Oktober – Sekurang-kurangnya lima orang disahkan maut selepas gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud menggegarkan kawasan tengah Filipina lewat malam Selasa, menurut kenyataan polis tempatan.

“Kami mengesahkan lima kematian,” kata Pegawai Polis Perbandaran San Remigio, Felipe Cabague kepada AFP awal pagi Rabu.

Beliau berkata butiran lanjut mengenai identiti mangsa masih belum diperoleh.

Gempa bumi itu berlaku pada pukul 9.59 malam (waktu tempatan) di utara Pulau Cebu, turut menyebabkan kerosakan pada bangunan dan jalan raya, selain gangguan bekalan elektrik secara meluas di beberapa kawasan.-AFP

ROSLINA BINTI DIN