fb fb fb fb fb

8 maut, bot terbalik di Guizhou

Lapan maut selepas bot persendirian terbalik di Sungai Pingzheng, Guizhou, China. Lima mangsa diselamatkan dalam keadaan stabil/Foto X

BEIJING, 4 Disember - Lapan orang maut apabila sebuah bot yang "sarat muatan" terbalik di wilayah Guizhou, barat daya China, awal minggu ini, menurut pihak berkuasa China hari ini.

Kementerian Pengurusan Kecemasan Negara berkata, lima mangsa berjaya diselamatkan dari lokasi kejadian pada Isnin lalu di wilayah Guizhou.

Tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab atas insiden tersebut.

"Bot tersebut menjalankan aktiviti membawa penumpang yang melanggar peraturan dan sarat dengan muatan," kata kementerian itu.

Menurut media China, Caixin, bot itu membawa penduduk kampung tempatan melintasi Sungai Pingzheng untuk mengutip herba di seberang sungai.

Difahamkan bot di sungai itu biasanya tidak membawa penumpang, kata seorang individu berhampiran lokasi kepada Caixin.

Kemalangan maut kerap berlaku di China disebabkan oleh peraturan yang tidak jelas serta penguatkuasaan yang lemah.

Pada bulan Ogos, satu kemalangan di lombong di wilayah Sichuan yang bersebelahan meragut lapan nyawa.

Pada Mac, satu letupan gas di wilayah Hebei, utara China, mengorbankan tujuh orang dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.

Pada Februari, 15 orang maut dalam kebakaran bangunan kediaman di bandar Nanjing di timur China - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN