GAZA, 4 Disember- Serangan berterusan Israel di Gaza telah mengorbankan 44,502 orang sejak konflik Israel-Hamas bermula pada Oktober tahun lalu.
Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, serangan itu juga mengakibatkan 105,454 orang lagi mengalami kecederaan.
"Dalam tempoh 24 jam sebelum ini, operasi ketenteraan Israel di Gaza menyebabkan 36 kematian dan 96 kecederaan," menurut kenyataan tersebut.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam satu kenyataan mengesahkan pelancaran beberapa serangan di bahagian tengah Gaza semalam sehingga menyebabkan beberapa orang terbunuh.
Tentera Israel turut menyerang Koridor Netzarim, yang memisahkan Gaza kepada zon utara dan selatan.
Beberapa laporan media turut menyatakan bahawa tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas sebuah sekolah di utara Gaza sehingga menyebabkan ramai terkorban, termasuk wanita dan kanak-kanak.- REUTERS