fb fb fb fb fb

61 maut dalam tempoh 24 jam di Gaza

Rakyat Gaza terus menanggung derita akibat serangan berterusan Israel yang meragut lebih 62,000 nyawa sejak Oktober 2023.

GAZA, 24 Ogos - Serangan berterusan Israel di Gaza dalam tempoh 24 jam lalu mengorbankan 61 penduduk Palestin dan mencederakan 308 yang lain, menurut kenyataan pihak berkuasa kesihatan Gaza.

Sumber hospital di wilayah itu pula mengesahkan, serangan yang berlaku sejak awal pagi hingga malam Sabtu telah menyebabkan sekurang-kurangnya 51 lagi terbunuh, termasuk 16 orang ketika sedang menunggu bantuan.

Jumlah keseluruhan korban sejak konflik Hamas-Israel tercetus pada 7 Oktober 2023 kini meningkat kepada 62,622 orang, manakala 157,673 dilaporkan cedera.

Kenyataan sama menyebut, selepas Israel menyambung semula operasi ketenteraan pada 18 Mac lalu, angka korban direkodkan sebanyak 10,778 maut dengan 45,632 cedera.

Rakaman video dari Gaza City bertarikh 17 Ogos 2025 menunjukkan keadaan kawasan yang musnah akibat serangan, menambah gambaran jelas mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di wilayah itu.-REUTERS

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN