fb fb fb fb fb

6 wartawan terbunuh sepanjang krisis Rusia-Ukraine

GENEVA, 20 Mac- Enam wartawan asing dilaporkan terbunuh, manakala berpuluh cedera, dan dua diculik, dalam tempoh 24 hari krisis Rusia-Ukraine.

Menurut Press Emblem Campaign (PEC) yang berpusat di Geneva, kira-kira tiga ribu jurnalis asing hadir membuat liputan di Ukraine dalam tempoh itu.

Sementara Agensi Anadolu melaporkan, kesemua mereka maut selepas serangan roket, selain terdapat kesan peluru di badan mangsa.

Sebahagian mereka terbunuh ketika bertugas berhampiran kawasan kritikal di Kyiv, dan ibu kota Irpin.

(FOTO AFP)


Manakala dua yang diculik adalah ketika sedang membuat liputan di bahagian Selatan Ukraine.

PEC menekankan, kesemua jurnalis bertugas perlu mendapatkan perlindungan di wilayah yang selamat.

Menurut PEC lagi, penggodam Rusia turut menyerang beberapa premis media milik Ukraine awal mac lalu.

Beberapa siri serangan roket turut memusnahkan menara TV di Kyiv, Kharkiv, Lisichansk, Rivne, Vinnitsa dan Korosten. -AFP

Media Baharu