fb fb fb fb fb

Finland kekal negara paling bahagia di dunia

FINLAND, 20 Mac- Buat lima tahun berturut-turut, Finland diiktiraf sebagai negara paling bahagia di dunia.

Penarafan dibuat Laporan Kebahagiaan Dunia berdasarkan data penilaian kehidupan daripada tinjauan pendapat Gallup World.

Sementara Denmark berada di tangga kedua diikuti Iceland pada tempat ketiga dan Switzerland keempat untuk tahun ini.

(Finlad diiktraf negara paling bahagia buat lima tahun berturut-turut - FOTO AFP)


Finland dan negara jirannya iaitu Denmark, Norway, Sweden dan Iceland memperoleh markah yang baik dalam penilaian tersebut.

Penilaian dibuat berdasarkan antaranya, tahap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita, jangkaan hidup, kemurahan hati, sokongan sosial, kebebasan serta kes rasuah.

Sementara itu, laporan itu menyatakan, Amerika Syarikat jatuh ke tangga 16 daripada 14 sebelum ini. -AFP

Media Baharu