fb fb fb fb fb

Jambatan Canakkale sepanjang 4.6KM bakal tingkat pelaburan di Turki

ISTANBUL, 20 Mac- Jambatan gantung besar merentasi Selat Dardanelles dirasmikan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Jambatan gantung sepanjang 4.6 kilometer itu merupakan projek jambatan keempat yang menghubungkan pantai Eropah dan Asia di Turki.

Jambatan gantung dirasmikan sempena ulang tahun kemenangan tentera laut Uthmaniyyah 1915 melawan pasukan tentera Perancis dan British di Dardanelles semasa Perang Dunia Pertama.

(Jambatan Canakkale mempunyai laluan paling panjang bagi rekod jambatan gantung dunia - FOTO AFP)

Jambatan Canakkale 1915 ini dibina oleh firma Turki dan Korea Selatan dengan pelaburan AS$2.8 bilion atau RM11.7 bilion.

Ia merupakan sebahagian siri projek infrastruktur mega yang diberi keutamaan oleh Erdogan sepanjang dua dekad memerintah.

Jambatan itu juga mempunyai laluan paling panjang iaitu jarak antara kedua-dua menara, dalam mana-mana jambatan gantung di dunia.

Menurut Erdogan, projek jambatan gantung ini bakal memberi keuntungan berterusan kepada Turki, khususnya dalam aspek pelaburan, tenaga kerja dan eksport. -AFP

Media Baharu