fb fb fb fb fb

6 terbunuh akibat puting beliung di Iowa

DES MOINES, 6 Mac- Sekurang-kurangnya enam terbunuh selepas puting beliung membadai Winterset di Iowa pada Sabtu.

Menurut akhbar Des Moines Register, taufan membadai bahagian barat daya bandar yang juga ibu negeri Des Moines itu pada lewat petang sehingga menyebabkan kerosakan teruk.

Ribut kencang itu juga menyebabkan lebih 10,500 penduduk Des Moines terkesan apabila bekalan elektrik terputus.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan berkata, puting beliung itu adalah EF3, bermakna ia berpusar dengan angin sehingga 206 batu sejam (332 kph).

(Sumber Twitter Safety Alerts MN)

Agensi itu di Twitter menyatakan bahawa keadaan juga itu sangat membimbangkan dan berbahaya.

Laporan awal menunjukkan dua terbunuh apabila puting beliung melanda Winterset dan komuniti berhampiran.

Namun akhbar itu kemudian melaporkan empat kanak-kanak dan dua orang dewasa terbunuh apabila puting beliung melanda sekitar jam 4.30 petang, memetik Pengarah Pengurusan Kecemasan Daerah Madison, Diogenes Ayala. -AFP

Media Baharu