fb fb fb fb fb

56 mayat ditemui dalam kubur besar di utara Mexico

Operasi penggalian, yang berlangsung selama beberapa hari, dibantu oleh pasukan tentera/Foto AFP

MEXICO CITY, 26 Januari - Kira-kira 56 mayat ditemui dalam kubur besar tanpa tanda di utara Mexico, berhampiran sempadan dengan Amerika Syarikat (AS), menurut kenyataan pihak pendakwa tempatan pada Sabtu.

Mayat-mayat tersebut telah digali awal minggu ini di negeri Chihuahua, kawasan yang menjadi sarang jenayah berkaitan dadah dan penyeludupan senjata.

Operasi penggalian, yang berlangsung selama beberapa hari, dibantu oleh pasukan tentera.

Penemuan mayat itu merangkumi beberapa jasad, rangka yang lengkap dan sebahagian anggota badan selain pakaian serta kelongsong peluru.

Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai identiti mangsa, tetapi kesemua sisa ini telah dihantar ke makmal forensik untuk menentukan masa dan punca kematian, dengan harapan identiti mereka dapat dikenal pasti.

Kubur yang dikenali sebagai "El Willy," dipercayai berada di bawah kawalan kumpulan jenayah La Linea, salah satu cabang bersenjata kartel Ciudad Juarez, menurut laporan media tempatan.

Chihuahua merupakan laluan utama penyeludupan dadah dan migran ke Amerika Syarikat.

Pada bulan lalu, sekurang-kurangnya 12 mayat ditemui di beberapa kubur sekitar dua jam dari Ciudad Juarez, yang terletak bersebelahan dengan El Paso, Texas.

Lebih daripada 450,000 orang maut dibunuh di seluruh negara sejak Mexico melancarkan serangan besar-besaran terhadap kartel dadah pada 2006. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN