fb fb fb fb fb

Israel halang ratusan ribu penduduk Palestin untuk pulang

Penduduk Palestin kembali ke kediaman mereka/Foto AFP

GAZA, 26 Januari - Israel didakwa melanggar perjanjian gencatan senjata di Gaza dengan menghalang ratusan ribu penduduk Palestin daripada kembali ke kediaman mereka di bahagian utara wilayah itu.

Hamas menyatakan bahawa Israel melengahkan perjanjian dengan menggunakan alasan tahanan Israel, Arbel Yehud, yang masih berada di bawah tahanan mereka.

“Penjajah Israel sengaja melengah-lengahkan untuk melaksanakan gencatan senjata dengan menjadikan tahanan Arbel Yehud sebagai alasan, walaupun kami telah memaklumkan kepada pihak perantara bahawa dia masih hidup serta memberikan jaminan untuk membebaskannya,” kata Hamas menerusi kenyataan.

Hamas turut menegaskan bahawa Israel perlu bertanggungjawab atas kegagalan melaksanakan perjanjian yang telah dipersetujui. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN