GAZA, 13 September - Kira-kira 50 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam operasi ketenteraan rejim Zionis di Gaza semalam.
Agensi Pertahanan Awam Gaza memaklumkan seramai 35 penduduk terbunuh di bandar Gaza manakala 15 lagi dibom di wilayah lain selepas Israel meningkatkan serangan di seluruh negara.
Serangan berskala besar dilaksanakan di pusat bandar dengan alasan kononnya kawasan itu merupakan kubu terakhir pejuang Hamas.
Operasi memusnahkan bangunan di kawasan itu telah dimulakan sejak seminggu lalu, mengakibatkan puluhan ribu penduduk terpaksa berpindah mencari kawasan selamat.
Sementara itu, di Barat Laut Gaza, serangan peluru berpandu telah mengorbankan 14 penduduk yang majoritinya adalah kanaK-kanak dan wanita.
"Hanya dua jasad yang masih utuh, manakala selebihnya adalah anggota badan yang hancur,” kata Pegawai Pertahanan Awam Gaza, Hazem al Sultan kepada AFP.