BEIRUT, 3 Oktober - 46 maut, 85 yang lain cedera dalam serangan pengganas tentera penceroboh Israel di Lubnan dalam tempoh 24 jam lepas.
Agensi Pengurusan Bencana Lubnan melaporkan, sejak konflik Israel-Hizbullah bermula, 1,928 orang terkorban.
Sementara itu, tentera zionis mengeluarkan perintah baharu agar penduduk meninggalkan beberapa kawasan di selatan Beirut.
Antaranya, Haret Hreik, Burj al-Barajneh dan Hadath Gharb.
Jurucakap Israel menerusi hantaran di akaun "X" mendakwa, kawasan itu terletak berhampiran kepentingan dan kemudahan Hizbulah. -AFP-