GAZA, 15 Oktober - Sebanyak 45 mayat rakyat Palestin yang sebelum ini berada dalam tahanan Israel telah diserahkan kepada Pusat Perubatan Nasser di sini.
Pihak hospital mengesahkan penerimaan tersebut dalam satu kenyataan.
Pertukaran berkenaan merupakan sebahagian daripada pelan damai, yang menetapkan Israel menyerahkan 15 mayat rakyat Palestin bagi setiap tebusan Israel yang dikembalikan.
Rejim Israel pula telah menerima empat mayat tebusan semula dalam pertukaran tersebut.
Hamas mengembalikan tebusan itu pada Isnin lalu, berikutan pembebasan 20 tahanan rakyat Palestin.
Menurut penganjur kempen pembebasan tebusan bagi Israel, Hamas masih menyimpan 24 lagi mayat tebusan, yang dijangka dipulangkan di bawah perjanjian gencatan senjata sedia ada.
Sementara itu di platform X, Trump menulis, “Beban besar telah terangkat, tetapi tugas belum selesai. Mayat yang dijanjikan masih belum dipulangkan sepenuhnya. Fasa kedua bermula sekarang,” -AFP