fb fb fb fb fb

42 askar Mali terbunuh akibat serangan pengganas

(Foto fail AFP)

BAMAKO, 11 Ogos- 42 anggota tentera Mali terbunuh dalam serangan terancang dron dan artileri pada hujung minggu disyaki dilakukan oleh kumpulan pengganas.

Menurut pihak berkuasa, siri keganasan terbaharu itu terus mengancam keamanan di seluruh wilayah Sahel di Afrika Barat.

Jumlah kematian itu adalah paling tinggi dan terburuk sejak beberapa tahun lalu membabitkan tentera Mali yang berdepan pemberontakan kumpulan militan sejak 10 tahun lalu.

Situasi itu juga telah merebak dari utara negara ke tengah dan selatan sehingga ke negara jiran Burkina Faso dan Niger.

Jumlah kematian disahkan beberapa pegawai kanan tentera, dan kerajaan turut mengesahkan perkara itu dan mengatakan 22 tentera cedera dan 37 orang "pengganas" ditewaskan.

Serangan berlaku pada Ahad di bandar Tessit, merangkumi wilayah "tiga sempadan" yang bergolak.

Isnin lalu, pihak tentera mengatakan 17 askar dan empat orang awam terbunuh.

Kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin menuduh ia angkara militan Daesh di Sahara Raya (ISGS), berdasarkan dron, letupan, bom kereta dan artileri yang digunakan.

Kali terakhir angkatan bersenjata Mali mengalami kekalahan dalam beberapa serangan di wilayah sama pada akhir 2019 dan awal 2020. –AFP


(Anggota tentera Burkina Faso mengadakan kawalan di kem pelarian
berhampiran Mali/fail AFP)

Media Baharu