fb fb fb fb fb

41 orang maut, kemalangan bas di selatan Mexico

Foto REUTERS

MEXICO, 9 Februari- Seramai 41 orang maut dalam kemalangan yang melibatkan sebuah bas di Tabasco, selatan Mexico.

Menurut pihak berkuasa, bas yang membawa 48 penumpang itu melanggar sebuah trak ketika dalam perjalanan antara Cancun dan Tabasco serta mengakibatkan 38 penumpang dan dua pemandu bas maut, termasuk pemandu trak tersebut.

Imej Reuters menunjukkan bas itu terbakar sepenuhnya.

"Setakat ini, hanya 18 rangka ditemukan, namun lebih banyak lagi yang hilang," kata sumber untuk keselamatan Tabasco yang tidak mahu namanya disiarkan.

Sementara itu, syarikat pengendali bas, Tours Acosta menerusi hantaran di Facebook meluahkan kekesalan dengan kejadian tersebut dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat punca kejadian.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN