fb fb fb fb fb

4 terbunuh, 61 cedera dalam kebakaran di Penjara Evin di Iran

(Keadaan Penjara Evin selepas kebakaran yamg meragut empat nyawa/AFP)

TEHRAN, 17 Oktober- Sekurang-kurangnya empat banduan terbunuh dan 61 lagi cedera dalam kebakaran di Penjara Evin di Tehran pada malam Sabtu, lapor Xinhua memetik agensi berita rasmi IRNA.  

“Berikutan pergaduhan malam tadi antara beberapa banduan wad khas bagi sabitan kes kecurian dan kewangan di penjara itu dan kebakaran tercetus di bengkel jahitan penjara ini... sejumlah besar banduan berjaya diselamatkan, malangnya empat banduan maut dan ada yang cedera," menurut laporan itu.

Empat banduan yang maut akibat terhidu asap itu disabitkan dengan kesalahan mencuri, katanya.

Antara 61 yang cedera, 51 dirawat di klinik pesakit luar dan 10 lagi dimasukkan ke hospital, empat daripadanya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Lebih 70 banduan yang berhadapan risikio kecederaan dapat diselamatkan, menurut laporan itu.

(Sekurang-kurangnya empat banduan Iran maut dalam kebakaran di penjara Evin/AFP)

Ketika konflik dan kebakaran beberapa banduan yang disabitkan dengan jenayah keganasan dan berbahaya cuba melarikan diri, namun gagal hasil daripada langkah keselamatan di situ, lapor IRNA.

Laporan sebelum ini menyebut kebakaran tercetus berikutan pergaduhan dalam kalangan beberapa banduan di wad dan merebak ke bilik stor pakaian penjara itu. -BERNAMA

Berita berkaitan
Lapan cedera dalam kebakaran penjara di Tehran

 

Media Baharu