(FOTO FILE AFP)
BANGKOK, 17 Oktober- Angka kematian akibat kebakaran kelab malam Thailand, meningkat kepada 25 orang.
Kebakaran berlaku pada 5 Ogos lalu di kelab malam Mountain B di wilayah Chonburi timur Thailand, kira-kira 150 kilometer tenggara Bangkok.
Pihak berkuasa menemukan 13 mayat yang rentung selepas kebakaran dan 12 lagi orang maut akibat kecederaan mereka sejak itu.
(Foto fail sekitar kelab malam Mountain B yang diambil 5 Ogos 2022/AFP)
Pejabat perhubungan awam wilayah Chonburi memaklumkan, kematian terbaharu melibatkan seorang wanita berusia 26 tahun.
Dia meninggal dunia di sebuah hospital tempatan, semalam.
Lapan mangsa masih menerima rawatan, dengan dua daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kebimbangan telah lama dibangkitkan mengenai pendekatan lemah Thailand terhadap kesihatan dan keselamatan, terutamanya di bar dan kelab malam.
Pada 2009, kebakaran besar meletus pada pesta Malam Tahun Baru di kelab popular, Santika di Bangkok membunuh 67 orang dan mencederakan lebih 200 pengunjung.-AFP