fb fb fb fb fb

Iran kecam campur tangan Biden dalam urusan negara itu

(Foto REUTERS)

DUBAI, 16 Oktober- Iran menolak sokongan Biden berhubung protes yang tercetus di negara itu sebagai campur tangan hal ehwal negaranya.

Jurucakap Kementerian Luar, Nasser Kanaani berkata Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden campur tangan dalam hal ehwal negara Iran dengan menyokong rusuhan yang berlaku.

"Dalam beberapa hari kebelakangan ini, pentadbiran A.S. telah berusaha untuk mencetuskan kekacauan di Iran dengan pelbagai alasan", katanya.

Rusuhan di Iran tercetus beberapa minggu lalu berpunca daripada kematian seorang wanita dalam tahanan polis.

Mengulas mengenai protes antikerajaan beberapa minggu lalu di Iran yang tercetus akibat kematian Mahsa Amini pada 16 September lalu, Biden berkata beliau terkejut dengan keberanian rakyat turun ke jalan raya melakukan tunjuk perasaan.

Protes tersebut telah menjadi salah satu cabaran paling getir kepada Republik Islam itu sejak revolusi 1979 serta demonstrasi telah merebak ke seluruh negara dan beberapa orang melaungkan kematian pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei.


(Penunjuk perasaan memegang papan tanda semasa tunjuk perasaan,
berikutan kematian Mahsa Amini, di Berlin, Jerman/REUTERS)

Media Baharu