fb fb fb fb fb

Penularan Ebola, dua daerah di Uganda jalani perintah berkurung

FOTO REUTERS

KAMPALA, 16 Oktober- Dua daerah di Uganda dikenakan perintah berkurung susulan penularan Ebola.

Menerusi perintah itu, orang ramai dikehendaki duduk di rumah manakala kawasan awam ditutup.

Menurut Presiden Uganda, Yoweri Kaguta Museveni, daerah terlibat adalah Mubende dan Kassanda.

Pergerakan keluar masuk daerah terbabit adalah dilarang.

Penduduk di kawasan berkenaan juga tidak dibenar keluar rumah antara 7.00 malam hingga 6.00 pagi.

Setakat ini, 19 kematian akibat Ebola direkodkan di Uganda.

Turut dicatatkan, 58 kes jangkitan.-REUTERS


(Presiden Uganda, Yoweri Kaguta Museveni/REUTERS)

Media Baharu