(Filippo Grandi/FOTO REUTERS)
GENEVA, 18 April - Pengarah Agensi Pelarian UNCHR, Filippo Grandi berharap keamanan dapat segera dikembalikan di Ukraine.
Tegas beliau, peperangan akan menyukarkan semua pihak.
Sejak pencerobohan Rusia pada 24 Februari, seramai 4.8 juta rakyat Ukraine meninggalkan negara mereka.
Angka tersebut meningkat lebih 32,000 berbanding jumlah keseluruhan pada Sabtu lalu.
Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) PBB berkata, hampir 215,000 orang dengan sebahagian besarnya pelajar dan pekerja warga asing turut melarikan diri ke negara jiran, bermakna lebih lima juta orang secara keseluruhannya sudah meninggalkan Ukraine sejak perang bermula.
Ini sekali gus menjadi krisis perpindahan dan kemanusiaan yang paling cepat berlaku.
Ia menyaksikan lebih 2.75 juta pelarian Ukraine lari mencari perlindungan ke Poland. Manakala 740,000 ribu lagi tiba di Romania.
(Kemusnahan bangunan di bandar Borodianka di wilayah Kiev/AFP)
Statistik UNHCR menunjukkan hampir 645,000 warga Ukraine melarikan diri sejak Februari lalu, dengan hampir 3.4 juta berbuat demikian pada Mac dan lebih 830,000 meninggalkan negara itu setakat bulan ini.
Wanita dan kanak-kanak menyumbang sebanyak 90% daripada jumlah pelarian, sementara lelaki berumur 18 hingga 60 tahun layak untuk panggilan tentera dan tidak dibenarkan keluar dari negara itu.
Hampir dua pertiga daripada semua kanak-kanak Ukraine telah dipaksa keluar dari rumah masing-masing, termasuk mereka yang masih berada di dalam negara.
Selain pelarian, IOM menganggarkan 7.1 juta orang meninggalkan kediaman mereka tetapi masih berada di Ukraine.
Sebelum penerobohan, Ukraine mempunyai populasi 37 juta orang di wilayah yang dikawal di Kiev, tidak termasuk Crimea.-AFP