fb fb fb fb fb

30 orang mati, bus terjunam ke dalam sungai di Kenya

(Jambatan Sungai Nithi/Foto Google)

KENYA, 25 Julai- 30 orang terbunuh apabila sebuah bas terjunam ke dalam sungai di kawasan kerap berlaku kemalangan di tengah Kenya.

Menurut pihak berkuasa tempatan pada Isnin, kemalangan berlaku pada lewat Ahad ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari bandar Meru ke bandar pesisiran Mombasa.

Bas tersebut terjunam dari jambatan dengan ketinggian kira-kira 40 meter (130 kaki) ke lembah Sungai Nithi.

Gambar yang disiarkan media tempatan menunjukkan bas itu rosak teruk selepas dilaporkan bergolek menuruni cerun dengan laporan menyebut mayat bergelimpangan manakala serpihan bas berselerak di dalam air dan tebing sungai.

Menurut pesuruhjaya daerah, Norbert Komora kepada pemberita, 20 orang dilaporkan mati di tempat kejadian, manakala empat orang meninggal dunia di hospital dan enam lagi mayat ditemukan pada Isnin.

“Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dan siasatan masih dijalankan bagi menentukan punca kemalangan yang berlaku di kawasan kerap kemalangan di Nithi itu," kata Komora.

Sejak beberapa tahun lalu, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di Kenya semakin meningkat.

Menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan dan Keselamatan Nasional, pada separuh pertama tahun 2022, sebanyak 1,912 orang terbunuh, meningkat sembilan peratus daripada 1,754 kes dalam tempoh sama tahun lepas. -AFP


(FOTO YAHOO)

 

Media Baharu