MOSCOW, 10 November- Ukraine menyerang Moscow sekurang-kurangnya 34 dron. Ia merupakan serangan dron terbesar ke atas ibu negara Rusia sejak permulaan perang pada 2022.
Serangan berkenaan memaksa penerbangan dialihkan dari tiga lapangan terbang utama di bandar itu dan mencederakan sekurang-kurangnya lima orang awam.
Sementara itu Kementerian Pertahanan Udara Rusia memaklumkan, 50 lagi dron yang menyasarakan ke atas wilayah lain di Barat Rusia dimusnahkan.
"Percubaan Kiev untuk melakukan serangan menggunakan dron jenis kapal terbang di wilayah Persekutuan Rusia digagalkan," tambah kementerian itu.
Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Rusia berkata, lapangan terbang Domodedovo, Sheremetyevo dan Zhukovsky terpaksa mengalihkan sekurang-kurangnya 36 penerbangan sebelum menyambung semula operasi.
Lima orang cedera di wilayah Moscow, kata kementerian pertahanan.
Rusia telah melancarkan 145 dron ke arah Ukraine namun pertahanan udara berjaya menjatuhkan 62 daripada dron berkenaan.
Sebagai serangan balas, Ukraine juga menyerang di wilayah Bryansk di Rusia.- REUTERS