fb fb fb fb fb

33 maut akibat arak tercemar di Istanbul

Gambar hiasan

ANKARA, 17 Januari - Sekurang-kurangnya 33 orang maut dan 48 lagi dirawat di hospital akibat meminum arak tercemar di Istanbul pada minggu ini, menurut laporan agensi Anadolu.

Empat individu telah ditahan atas tuduhan menjual arak tercemar tersebut.

Pihak berkuasa berkata, arak itu dkhuatiri mengandungi bahan metanol, iaitu sejenis alkohol yang biasanya digunakan dalam industri (bukan untuk diminum), telah dicampurkan ke dalam minuman beralkohol dan menjadi penyebab utama kematian.

Sejak 1 Januari, 29 tan arak yang dipercayai arak tiruan beracun dirampas dan lesen 64 perniagaan dibatalkan.

Pemilik premis mendakwa cukai yang tinggi ke atas minuman beralkohol yang dikenakan oleh kerajaan menyebabkan ramai memilih untuk menghasilkan arak secara haram di rumah atau tempat tersembunyi.

Presiden Recep Tayyip Erdogan, yang lantang menentang arak dan merokok, menerima kritikan berhubung dasar cukai yang tinggi sekali gus mendorong kepada peningkatan kes tersebut. - AFP

BERITA BERKAITAN:

GRACE AISYAH KEDAYAN