BANDAR MEXICO, 11 Mac- Sekurang-kurangnya 25 orang maut dalam dua kemalangan bas berasingan di Mexico pada Isnin, menurut pihak berkuasa.
Menurut pihak berkuasa perlindungan awam di negeri Durango, 14 orang terkorban dalam pertembungan antara sebuah treler dan bas yang membawa penumpang dari negeri Texas, di utara negara itu.
"Daripada 24 penumpang dalam bas tersebut, hanya 10 orang berjaya menyelamatkan diri," kata kenyataan itu.
Sementara itu, di selatan Mexico, sebuah bas terbalik di lebuh raya di negeri Oaxaca, menyebabkan 11 orang maut, kata pihak berkuasa.
Menurut kenyataan kerajaan negeri Oaxaca, seramai 12 lagi mangsa cedera dan dihantar ke hospital, dengan dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal.
Pihak berkuasa akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan yang berlaku berhampiran komuniti Santo Domingo Narro itu.
Nahas jalan raya yang membawa maut adalah perkara biasa di Mexico akibat pemanduan berkelajuan tinggi, keadaan kenderaan atau jalan raya yang buruk serta keletihan pemandu.- AFP