fb fb fb fb fb

24 maut bas terjunam ke tebing di Peru

(FOTO AFP)

LIMA, 29 Januari - Pihak polis melaporkan sekurang-kurangnya 24 orang maut apabila sebuah bas yang membawa 60 penumpang, termasuk jumlah penduduk Haiti yang tidak diketahui, terjunam ke atas tebing di barat laut Peru, semalam.

Polis berkata bas milik syarikat pelancongan Qorianka itu berlepas dari Lima dan dalam perjalanan ke Tumbes, di sempadan Ecuador.

(FOTO AFP)

Polis di tempat kejadian memberitahu media tempatan bahawa kemalangan itu berlaku di laluan sukar yang dikenali sebagai 'Devil's Curve' iaitu laluan paling bahaya di negara itu kerana jalannya yang sempit dan cerun yang curam.

Bagaimanapun, polis memaklumkan sehingga kini punca kejadian berkenaan masih dalam siasatan.

Ketika kejadian beberapa penumpang dilaporkan tercampak dari bas, manakala yang lain terperangkap dalam kenderaan berkenaan.-AFP

Media Baharu