fb fb fb fb fb

Syria tolak laporan pemantau serangan kimia 2018

(FOTO FAIL AFP)

DAMSYIK, 29 Januari - Syria pada Sabtu menolak laporan badan pemantau senjata kimia global yang telah menyalahkan Damsyik atas serangan senjata kimia pada 2018 sehingga meragut 43 nyawa.

"Syria menolak sepenuhnya laporan itu yang diterbitkan pada Jumaat oleh Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW). Laporan itu tidak mempunyai bukti saintifik,” kata kementerian luar dalam satu kenyataan.

(FOTO FAIL AFP)

Menerusi laporan penyiasatan OPCW terdapat 'alasan munasabah untuk mempercayai' bahawa sekurang-kurangnya sebuah helikopter tentera udara Syria telah menjatuhkan dua silinder gas beracun di bandar Douma yang dikuasai pemberontak.

Damsyik dan sekutunya Moscow berkata serangan pada 7 April 2018 itu dilakukan oleh pekerja penyelamat atas arahan Amerika Syarikat, yang kemudiannya melancarkan serangan udara ke atas Syria bersama-sama Britain dan Perancis.

OPCW menolak dakwaan bahawa pemberontak dan pekerja kecemasan telah melancarkan serangan tersebut.

Kes Douma mencetuskan kontroversi selepas dua bekas pekerja menuduh badan pemantau yang berpangkalan di Hague mengubah penemuan asalnya untuk menjadikannya lebih meyakinkan.-AFP

Media Baharu