(Sebuah bot pengawal pantai Sepanyol yang membawa 23 migran ditemukan di lautan Atlantik ke
pelabuhan Arguineguin/ REUTERS)
ARGUINEGUIN, 10 Oktober - Sebuah bot pengawal pantai Sepanyol yang membawa 23 migran ditemukan di lautan Atlantik ke pelabuhan Arguineguin di pulau Gran Canaria pada Isnin.
Kesemua mereka merupakan lelaki warga Afrika diselamatkan ketika melakukan perjalanan menggunakan sebuah bot kecil kira-kira 65 kilometer di selatan pulau itu.
Setiap tahun, ribuan orang melakukan perjalanan dari utara Afrika untuk ke Eropah.
Menurut Kementerian Dalam Negeri Sepanyol, sejumlah 22,316 migran merentasi laut menggunakan bot ke Kepulauan Canary pada 2021 dan sejumlah 23,271 orang pula melakukannya pada tahun 2020.
(Sebuah bot pengawal pantai Sepanyol yang membawa 23 migran ditemukan di lautan Atlantik ke
pelabuhan Arguineguin/ REUTERS)
Sejumlah 4,400 orang hilang di laut dalam cubaan sampai ke Sepanyol tahun lepas.
Minggu lepas, 33 orang yang dalam perjalanan dari Afrika ke Eropah maut dalam sebuah bot kecil selepas sembilan hari perjalanan.
Hanya seorang terselamat dalam kejadian itu.
Pasukan Pengawal Pantai Sepanyol berjaya menemukan empat mayat dan dibawa ke Gran Canaria. -REUTERS