(Foto hiasan)
JOHANNESBURG, 10 Oktober - Polis Afrika Selatan akan mendakwa seorang lelaki berusia 21 tahun dengan enam pertuduhan membunuh selepas menemui lebih lima mayat dan beberapa dalam keadaan reput, di blok flat di pusat bandar Johannesburg.
Polis dipanggil selepas aduan diterima mengenai bau busuk yang datang dari salah sebuah pangsapuri dan menemui mayat seorang wanita, kata jurucakap polis, Brenda Muridili dalam satu kenyataan.
Wanita yang maut itu memakai pakaian yang sepadan dengan keterangan seorang individu yang dilaporkan hilang awal bulan ini, katanya.
Polis menahan dan menyoal seorang lelaki dipercayai individu terakhir dilihat bersama wanita itu.
(Foto hiasan)
"(Mereka kemudian) kembali ke bangunan itu, dan lima lagi mayat ditemui di luar bangunan di mana terdapat bengkel sementara dan tempat pembuangan sampah," kata Muridili.
"Pakar forensik sedang berusaha untuk mengenal pasti mayat dan polis mengikuti beberapa petunjuk," kata Muridili kepada AFP.
Saksi di tempat kejadian memberitahu pihak berkuasa beberapa pekerja seks baru-baru ini hilang di kawasan itu, tambahnya.
Suspek tersebut belum dinamakan. -AFP