fb fb fb fb fb

23 maut akibat hujan lebat di Mexico

Foto AFP

MEXICO CITY, 11 Oktober -Sekurang-kurangnya 23 orang disahkan terkorban akibat hujan lebat yang melanda sebahagian besar kawasan di Mexico minggu ini.

Pihak berkuasa perlindungan awam Mexico melaporkan, hujan lebat berlaku di 31 daripada 32 negeri di negara itu, dengan kawasan paling terjejas adalah Veracruz di timur, Queretaro dan Hidalgo di tengah, serta San Luis Potosi di bahagian utara-tengah.

Di negeri Hidalgo, 16 kematian direkodkan manakala lebih 1,000 buah rumah dilaporkan terjejas. Lima lagi kematian berlaku di negeri Puebla, dengan 11 orang masih belum ditemui.

Seorang kanak-kanak turut maut di negeri Veracruz, manakala seorang anggota polis terkorban di Queretaro.

"Kami sedang berusaha membantu penduduk, membuka semula laluan jalan raya dan memulihkan bekalan elektrik," kata Presiden Claudia Sheinbaum menerusi hantaran di platform X.

Pihak tentera juga akan digerakkan bagi membantu mengagihkan bantuan kepada kawasan-kawasan yang terjejas. - AFP

TETITIA YUSOFF