fb fb fb fb fb

21 maut, 83 cedera serangan peluru berpandu Rusia di Ukraine

Pasukan Penyelamat Ukraine berusaha memadam kebakaran di lokasi serangan peluru berpandu Russia di Sumy, timur laut Ukraine, 13 April/Foto Ukrainian Emergency Service / AFP

KIEV, 13 April - Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh manakala 83 lagi cedera termasuk tujuh kanak-kanak dalam serangan peluru berpandu balistik oleh Russia di pusat bandar Sumy, Ukraine pada Ahad.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Ukraine, serangan itu berlaku ketika orang ramai sedang berada di jalanan di kawasan pusat bandar.

“Russia menyerang pusat bandar Sumy dengan peluru berpandu balistik, tepat ketika kawasan itu dipenuhi orang awam,” menurut Perkhidmatan Kecemasan Ukraine dalam kenyataan di media sosial.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan ketika pasukan penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan mangsa yang terperangkap di lokasi serangan.

“Setakat ini, 83 orang cedera termasuk tujuh kanak-kanak, manakala 21 lagi disahkan maut,” jelas Kementerian Dalam Negeri Ukraine.

Sumy terletak di timur laut Ukraine dan bersempadan dengan wilayah Russia.

Ia menjadikan bandar itu antara kawasan yang kerap menjadi sasaran serangan sepanjang konflik berlarutan antara kedua-dua negara. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN