fb fb fb fb fb

20 lagi orang awam Gaza terbunuh, Israel hilang akal serang kem pelarian

FOTO AFP

GAZA, 17 November- Pertahanan awam Gaza pada Ahad melaporkan serangan udara Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 20 orang, termasuk empat wanita dan tiga kanak-kanak, di seluruh wilayah Palestin yang dilanda perang.

Serangan paling dahsyat membunuh 10 orang di kem pelarian Bureij di tengah Gaza, menurut jurucakap pertahanan awam, Mahmud Bassal.

Seorang wanita turut terkorban, manakala 10 yang lain cedera dalam serangan ke atas sebuah rumah di kem yang sama, tambahnya.

Lima orang lagi terbunuh dan 11 cedera akibat peluru berpandu yang dilancarkan oleh dron Israel pada pagi Ahad di bandar Rafah di selatan Gaza, kata Bassal.

Empat lagi, tiga wanita dan seorang kanak-kanak maut dalam serangan pada waktu malam ke atas sebuah rumah di barat kem Nuseirat di tengah Gaza, tambahnya.

Kementerian Kesihatan Gaza pada Sabtu melaporkan jumlah keseluruhan kematian dalam lebih 13 bulan perang telah mencecah 43,799 orang.

Majoriti mangsa yang terkorban adalah orang awam, menurut angka kementerian, yang dianggap boleh dipercayai oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE