fb fb fb fb fb

18 orang maut, 19 cedera, bas & lori bertembung di India

Sekurang-kurangnya 18 orang maut apabila sebuah bas bertembung dengan lori muatan susu di negeri Utter Pradesh di utara India

LUCKNOW, 10 Julai- Sekurang-kurangnya 18 orang maut apabila sebuah bas bertembung dengan lori muatan susu di negeri Utter Pradesh di utara India pada Rabu, kata polis.

"Bas itu merempuh lori tangki dari belakang membunuh 18 orang dan menyebabkan 19 yang lain cedera," kata pegawai polis dari pejabat ketua polis daerah, Zulfiqaar Ali, kepada AFP.

Penyiar New Delhi Television (NDTV) melaporkan bas itu dalam perjalanan dari Bihar ke ibu negara New Delhi.

Sementara itu, Ketua Menteri Yogi Adityanath menyifatkan insiden itu sebagai menyayat hati.

Kemalangan jalan raya adalah perkara biasa di India. Dianggarkan sebanyak 168,000 kematian dilaporkan pada tahun 2022.

Pada Mei lalu, sekurang-kurangnya 21 terbunuh manakala lebih 50 lagi cedera selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung di Kashmir.-AFP

 

ROSLINA BINTI DIN