fb fb fb fb fb

18 kru warga Vietnam diselamatkan daripada kapal kargo tenggelam

Foto hiasan

SINGAPURA, 11 Januari- Semua 18 kru warga Vietnam daripada kapal kargo Dolphin 18 yang tenggelam telah diselamatkan oleh kapal kontena berdaftar di Hong Kong, Nicolai Maersk, kira-kira 274 batu nautika ke barat daya Vung Tau, Vietnam, pada Sabtu.

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) memaklumkan bahawa Pusat Penyelarasan Menyelamat Maritim (MRCC) menerima panggilan kecemasan daripada Nicolai Maersk sekitar pukul 7.00 pagi bahawa kapal itu menerima panggilan kecemasan daripada kapal kargo berdaftar di Vietnam yang berada dalam Kawasan Mencari dan Menyelamat Maritim Singapura.

MPA berkata MRCC telah menyelaraskan usaha mencari dan menyelamat, serta segera mengeluarkan siaran pengemudian untuk kapal-kapal berhampiran supaya membuat pemantauan dan melaporkan penemuan kapal yang dalam kecemasan. Agensi itu juga memaklumkan rakan sejawat mereka di Vietnam.

“Nicolai Maersk tiba di lokasi tidak lama selepas itu dan berjaya menyelamatkan semua kru daripada bot penyelamat. Semua kru yang diselamatkan berada dalam keadaan sihat,” menurut kenyataan itu.

Nicolai Maersk dijadualkan menurunkan kru yang diselamatkan di pelabuhan seterusnya, Tanjung Pelepas, Malaysia.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN