SAO PAULO, 19 Oktober- Sekurang-kurangnya 17 orang maut di timur laut Brazil selepas sebuah bas yang bergerak di lorong bertentangan hilang kawalan dan terbalik, menurut polis pada Sabtu.
Tragedi berlaku lewat Jumaat di negeri Pernambuco apabila sebuah bas yang membawa 30 penumpang tersangkut di batu di tepi jalan sebelum ia kembali ke lorong sebenar dan melanggar cerun sehingga terbalik.
Menurut kenyataan polis, beberapa penumpang terkeluar daripada bas berkenaan, manakala jumlah yang cedera masih belum diketahui.
Pemandu pula dilapor hanya mengalami kecederaan ringan dan ujian alkohol negatif.
Bas itu dalam perjalanan dari bandar Brumado ke Santa Cruz do Capibaribe.
"Bagi keluarga dan rakan mangsa, saya menyampaikan ucapan takziah dan solidariti saya pada waktu duka ini," kata Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva di platform media sosial X.