fb fb fb fb fb

Hamas serah lagi dua mayat tebusan

Situasi di Gaza / REUTERS

GAZA, 19 Oktober - Hamas menyerahkan dua lagi mayat tebusan sebagai sebahagian perjanjian gencatan senjata dengan Israel.

Menurut rejim zionis, mayat itu diterima melalui Palang Merah dan ia akan dipindahkan ke pusat analisis perubatan.

Terdahulu, sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam melalui saluran Telegram memaklumkan penyerahan dijadual pukul 10 malam pada Sabtu.

Pejuang pembebasan Palestin itu turut menegaskan penutupan lintasan Rafah antara Mesir dengan Gaza akan menyebabkan kelewatan ketara dalam penyerahan mayat tebusan.

Ini termasuk menghalang pasukan forensik dan peralatan yang diperlukan. -AFP

MOHAMAD KHAIRIE KHALID