fb fb fb fb fb

16 maut, mangsa terperangkap diselamatkan dalam kebakaran gedung di China

FOTO REUTERS

CHENGDU, 18 Julai - Operasi menyelamat di lokasi kebakaran gedung serbaneka di Bandar Zigong, Wilayah Sichuan, barat daya China, selesai pada 3 pagi Khamis, menurut ibu pejabat bomba dan penyelamat tempatan.

Seramai 16 orang maut dan tiada lagi individu yang terperangkap.

Kebakaran di bangunan 14 tingkat itu yang terletak di zon teknologi tinggi di bandar berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira 6 petang Rabu, dengan kepulan asap tebal di lokasi kejadian.

Menurut siasatan awal, kebakaran berpunca daripada kerja-kerja pembinaan.

TETITIA YUSOFF