fb fb fb fb fb

15 maut dalam kejadian tanah runtuh di Guinea

Foto REUTERS

CONAKRY, 22 Ogos - Sekurang-kurangnya 15 maut dalam kejadian tanah runtuh di pinggir Conakry, ibu negara Guinea.

Bencana alam itu berlaku antara lewat malam Rabu dan tengah malam Khamis, waktu tempatan di kawasan Manéah, dalam wilayah Coyah.

Hujan lebat berterusan dipercayai punca tanah runtuh hingga menyebabkan banyak rumah dan penduduk tertimbus.

Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan untuk mengesan mangsa yang masih hidup dan mengeluarkan mayat mangsa yang terkorban.

Guinea, mengalami musim hujan yang bermula Mei lepas dan dijangka berterusan hingga Oktober.

Sistem saliran yang lemah dan pembandaran pesat di sekitar Conakry menyebabkan ramai penduduk terdedah kepada tanah runtuh dan banjir sejak beberapa tahun kebelakangan ini.- REUTERS

EMMI NORALIZA ADNAN