fb fb fb fb fb

15 maut akibat tanah runtuh di Guatemala

(FOTO REUTERS)

GUATEMALA, 14 Jun- Sekurang-kurangnya 15 orang dilaporkan maut dalam beberapa kejadian tanah runtuh di Guatemala.

Kejadian berlaku susulan hujan lebat yang turun sejak awal Mei lalu.

Menurut pejabat Koordinasi Pengurangan Bencana Alam, lebih 500,000 penduduk terjejas.

Hujan yang disertai angin kencang turut meruntuhkan beberapa infrastruktur merentasi kawasan besar negara Amerika Tengah itu.

Sebanyak 930 rumah rosak, selain lapan buah sekolah, tujuh jambatan dan lebih 80 jalan raya.

(Pasukan penyelamat mencari mangsa yang terselamat selepas banjir lumpur
di kampung Alta Verapaz di Guatemala pada Mei 2022/AFP)

Kawasan yang paling teruk terjejas kebanyakannya didiami penduduk asli yang komunitinya paling terdedah kepada bencana alam.

Hampir 60% daripada 17 juta penduduk Guatemala hidup dalam kemiskinan.

Hujan pada tahun lalu meragut 35 nyawa dan menjejaskan hampir satu daripada 10 rakyat Guatemala.-AFP

Media Baharu