fb fb fb fb fb

Tokoh pembangkang Kemboja disabit kesalahan dalam perbicaraan besar-besaran

(Peguam AS-Kemboja dan jurukempen Theary Seng//REUTERS) 

PHNOM PENH, 14 Jun- Mahkamah Phnom Penh mensabitkan kira-kira 60 tokoh pembangkang termasuk seorang aktivis Amerika Syarikat-Kemboja yang lantang bersuara, dalam perbicaraan besar-besaran.

Ketua pembangkang Sam Rainsy, yang telah tinggal di Perancis sejak 2016 untuk mengelak daripada penjara kerana sabitan yang dikatakannya bermotifkan politik, ditambah lapan tahun lagi kepada hukuman sedia ada.

Di luar mahkamah, peguam AS-Kemboja dan jurukempen Theary Seng berpakaian seperti Patung Liberty, secara tiba-tiba diseret masuk ke dalam kereta oleh polis selepas dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana khianat.

(Theary Seng tiba di mahkamah dengan berpakaian seperti Patung Liberty/REUTERS) 

"Saya bersedia untuk menerima keputusan bersalah kerana rejim ini tidak akan membebaskan saya," kata Seng sebelum sabitan.

"Ia akan menjadi keputusan yang tidak adil kerana saya tidak bersalah, orang lain yang didakwa bersama saya juga tidak bersalah," tambah lelaki berusia 51 tahun itu.

Duta Besar AS ke Kemboja, Patrick Murphy menerusi twitnya menyatakan beliau tidak dapat menerima keputusan itu.

"Kebebasan bersuara dan berpersatuan, dan toleransi terhadap pandangan yang berbeza adalah komponen penting dalam demokrasi," kata duta itu, menggesa Seng dibebaskan. -AFP

Media Baharu