fb fb fb fb fb

147 kematian di China akibat bencana alam

(Foto AFP)

BEIJING, 5 Ogos- Kerajaan China berkata bencana alam di negara tersebut telah menyebabkan 147 kematian pada Julai lalu.

Kementerian Pengurusan Kecemasan China berkata negara berkenaan telah dilanda cuaca ekstrem sejak beberapa bulan kebelakangan ini, daripada gelombang panas kepada hujan yang membawa maut.

"Taufan Doksuri yang melanda tanah besar China adalah yang paling teruk direkodkan dalam tempoh 140 tahun.

"142 daripada kematian yang direkodkan pada bulan Julai disebabkan banjir.

"Baki lima kematian lagi adalah disebabkan bencana alam lain seperti kemarau.

"Lebih 2,300 rumah runtuh dan mencatat kerugian berjumlah 15.8 bilion yuan (AS$2.2 bilion)," Katanya menerusi kenyataan.

Menurut penyiar kerajaan CCTV, angka kematian yang diumumkan sebelum ini akibat banjir di Beijing dan wilayah sekitarnya adalah sekurang-kurangnya 20 orang. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu