fb fb fb fb fb

14 terbunuh termasuk seorang kanak-kanak dalam serangan Ukraine

Seorang kanak-kanak maut dalam serangan Ukraine ke atas bandar Belgorod di Rusia/FOTO State Emergency Service of Ukraine

MOSCOW, 31 Disember - Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh termasuk seorang kanak-kanak manakala 45 lagi cedera akibat serangan Ukraine ke atas bandar Belgorod di Rusia pada Sabtu.

Gabenor wilayah, Vyacheslav Gladkov berkata, dalam serangan itu telah menjejaskan sebuah kawasan perumahan.

Menerusi hantaran di Telegram, semua penduduk diarah berpindah ke pusat perlindungan selepas siren berbunyi di sekitar bandar tersebut.

Belgorod, sebuah bandar yang mempunyai populasi sebanyak 340,000 orang dan terletak kira-kira 40 kilometer dari sempadan Ukraine sering menjadi sasaran serangan dron yang dikaitkan dengan tentera Ukraine.

Rusia telah meminta satu mesyuarat Majlis Keselamatan PBB selepas serangan udara.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Kiev berhubung kejadian itu.

Saluran berita Ukraine RBC-Ukraine memetik sumber, berkata tentera Ukraine telah menyasarkan tentera Rusia di Belgorod.

Ia sebagai tindak balas kepada pengeboman Rusia sekitar bandar Ukraine pada hari sebelumnya. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN