fb fb fb fb fb

14 maut akibat ribut petir, angin kencang di Gujarat, India

Penduduk di kawasan sekitar diarah untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat/Foto file AFP

NEW DELHI, 6 Mei - Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala ramai lagi cedera selepas ribut petir disertai hujan dan angin kencang melanda negeri Gujarat, barat India, menurut pegawai pada Selasa.

Sebanyak 168 daripada 253 daerah kecil di negeri itu menerima hujan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Xinhua.

Menurut pegawai, kematian berlaku akibat kejadian pokok tumbang, papan iklan runtuh, renjatan elektrik, petir dan rumah roboh akibat tiupan angin kencang.

Jabatan Meteorologi India memberi amaran ribut petir disertai kilat dan angin selaju 50-60 km sejam dijangka berterusan di banyak kawasan di Gujarat dalam beberapa hari akan datang. - BERNAMA-XINHUA

GRACE AISYAH KEDAYAN