fb fb fb fb fb

14 maut, 17 cedera dalam nahas babitkan bas mini dan koc.

FOTO - GAMBAR HIASAN

 

KAHERAH, 8 Januari - Sekurang-kurangnya 14 terbunuh manakala 17 lagi cedera apabila sebuah koc dan bas mini bertembung di Semenanjung Sinai.


Pegawai keselamatan berkata, kedua-dua kenderaan dari arah ibu kota Kaherah menuju ke pusat peranginan Laut Merah di Sharm El-Sheikh itu, bertembung selepas dipandu laju dalam arak penglihatan terhad akibat kabus ketika subuh.

Nahas berlaku berhampiran El-Tor di selatan Sinai, kira-kira 300km di tenggara Kaherah.

Kesemua mangsa dibawa ke hospital di El-Tor.

Nahas jalan raya kerap berlaku di Mesir kerana kebanyakan jalan raya diselenggara dengan teruk dan peraturan lalu lintas sering diabaikan.

Angka rasmi merekodkan kira-kira 7,000 orang maut akibat nahas jalan raya pada tahun 2020.

Media Baharu