MELBOURNE, 8 Januari - Pemain tenis nombor 1 dunia, Novak Djokovic kini masih berada di pusat tahanan imigresen di Melbourne kerana menanti proses rayuan terhadap visanya yang dibatalkan.
Sebelum ini Djokovic dikecualikan daripada peraturan vaksinasi oleh penganjur Terbuka Australia, namun ditahan pasukan imigresen sebaik tiba di lapangan terbang.
Visa kemasukan Djokovic dibatalkan selepas jaguh tenis itu gagal membuktikan status vaksinasi yang menjadi kriteria utama untuk masuk ke negara itu.
Warga asing masih dilarang masuk ke Australia dan mereka yang mendapat visa perlu divaksin sepenuhnya atau mempunyai pengecualian kesihatan.
Djokovic sebelum ini menyatakan dia mendapat pengecualian berkenaan untuk bermain di Terbuka Australia, tetapi kerajaan Australia berkata dia tidak menunjukkan bukti pengecualian dan visanya terpaksa dibatalkan.
Ditempatkan di hotel yang sama ialah pemain wanita dari Czech, Renata Voracova yang ditahan oleh Pihak Berkuasa Sempadan namun telah memohon untuk meninggalkan Australia