fb fb fb fb fb

13 penumpang maut dalam nahas bas Myanmar

(FOTO REUTERS)

YANGON, 15 September- Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan 23 yang lain cedera apabila dua bas penumpang bertembung dengan sebuah kereta yang diletakkan di lebuh raya di tengah Myanmar, kata perkhidmatan penyelamat.

Nahas berlaku berhampiran perbandaran Kyaukpadaung di wilayah Mandalay.

"Secara keseluruhannya 10 lelaki dan tiga wanita terbunuh," kata Jabatan Perkhidmatan Bomba Myanmar.

Tiga belas lelaki dan seorang wanita cedera parah, kata perkhidmatan itu, sambil menambah lima lelaki dan empat wanita cedera ringan. Kesemuanya dihantar untuk rawatan di hospital Kyaukpadaung berhampiran.

Kenderaan penyelamat, pekerja dan organisasi perkhidmatan sosial bergegas ke tempat kejadian berikutan kemalangan itu.

Punca perlanggaran belum diketahui.

Sejak rampasan kuasa tentera pada Februari tahun lalu, perintah berkurung pada waktu malam menyebabkan pemandu bergegas ke destinasi mereka. -AFP

(Peta Myanmar/Google)

Media Baharu