KASHMIR, 1 Januari - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh, manakala 13 lagi cedera dalam insiden rempuhan semasa upacara keagamaan di wilayah Kashmir, India.
Kejadian itu berlaku sekitar pukul tiga pagi waktu tempatan, ketika laluan masih gelap.
Menurut pihak berkuasa, jumlah mangsa dijangka meningkat kerana laluan menuju ke puncak bukit, iaitu lokasi upacara itu dipenuhi dengan orang ramai yang ingin melakukan penyembahan sempena tahun baharu.
Mata Vaishno Devi adalah satu daripada kuil Hindu yang paling dihormati di utara India dengan puluhan ribu mengunjungi rumah ibadah itu untuk bersembahyang setiap hari.##