fb fb fb fb fb

Jumlah kes baharu COVID-19 di Australia meningkat

AUSTRALIA, 1 Januari - Australia merekodkan peningkatan kes jangkitan baharu COVID-19, terutama di Wilayah Timur pada permulaan tahun baharu.

Susulan itu, New South Wales, memendekkan tempoh kuarantin bagi petugas kesihatan berikutan jumlah pesakit positif yang dimasukkan ke hospital meningkat.

Statistik Jabatan Kesihatan negeri itu memaklumkan, sebanyak 22,577 kes baharu dicatatkan.

Manakala 7,442 kes dilaporkan di Victoria.

Jumlah jangkitan di Queensland, Tasmania dan wilayah di Ibu Negara pula mencatat sebanyak 33,161 kes hari ini, berbanding semalam 32,946 kes - AFP

Media Baharu